Laman Web Rasmi
Pustaka Negeri Sarawak
Pustaka , Rakan Ilmu Anda
Penghormatan untuk Berkhidmat
 
Bahagian :: Pengurusan Korporat


Pengurusan Korporat


Objektif


Mengurus tadbir dalam hal-hal korporat Pustaka, yang terdiri daripada pengurusan kewangan, sumber manusia, permis dan kemudahan, kualiti serta perhubungan awam.


Peranan dan Fungsi


Merancang, mengurus dan mengawal semua aktiviti dalam Sektor Pengurusan Korporat yang mengandungi bahagian-bahagian seperti Bahagian Kewangan ( termasuk Unit Kewangan dan Unit Pengurusan Bangunan), Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Kualiti dan Bahagian Pemasaran & Perhubungan Awam.




BAHAGIAN KEWANGAN DAN PENGURUSAN BANGUNAN

Peranan Bahagian Kewangan

  • Sebagai penasihat kepada Ketua Pegawai Eksekutif dalam semua hal –hal berkaitan dengan pengurusan kewangan dan pengurusan perakaunan
  • Menyatu dan menyediakan belanjawan tahunan Pustaka Negeri Sarawak
  • Menyediakan penyata kewangan tahunan
  • Menyediakan pembayaran, membankkan semua kutipan harian dan lain-lain penerimaan dana, menyediakan pesanan perkhidmatan dan pesanan pembelian dan mengurus dan mentadbir sebutharga dan tender Pustaka
  • Meluluskan permohonan semua bentuk pembelian/perkhidmatan kurang daripada RM10,000.00

Peranan Bahagian Pengurusan Bangunan

  • Repair and maintenance of buildings, facilities, equipment, parks & landscape at Pustaka
  • Penyelenggaraan aset dan kemudahan Pustaka
  • Penyelenggaraan bangunan, kemudahan, kelengkapan, taman dan lanskap di Pustaka Negeri Sarawak
  • Penggunaan dan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan yang disewa
  • Logistik
  • Keselamatan



BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

 

  • Mengurus semua perkara berkaitan dengan Pengurusan Sumber Manusia di Pustaka Negeri Sarawak & Pustaka Miri
  • Mengurus Emolumen staf dan perkara-perkara berkaitan dengan penggurusan kakitangan
  • Bertanggungjawab kepada perkara-perkara berkaitan dengan pembangunan kakitangan dan program latihan ( latihan khusus & umum untuk pembangunan kerjaya, kemahiran asas, professional, teknikal & penyeliaan )
  • Mengurus, mengendali dan mengkordanisikan Latihan/Kursus khusus berkaitan dengan pengurusan perpustakaan untuk semua kakitangan perpustakaan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Sarawak
  • Sebagai urusetia kepada Perkhidmatan Korporat & mesyuarat dan jawatankuasa di peringkat jabatan
  • Mengendalikan mesyuarat perancangan strategik
  • Mengurus Registri dan Perfailan


BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM & PEMASARAN

 

  • Mempromosikan perkhidmatan dan aktiviti Pustaka kepada masyarakat
  • Mempertingkatkan perhubungan dengan media tempatan/rakan sejawat
  • Mengurus lawatan rasmi ke Pustaka Negeri Sarawak
  • Bertanggungjawab untuk mengurus maklumbalas pelanggan dan survei terhadap tahap kepuasan pelanggan




BAHAGIAN KUALITI

 

  • Melaksana, mengurus, menyelenggara dan menambah nilai Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) Pustaka Negeri Sarawak
  • Merangka, membangun, melaksana dan menyelenggara pelbagai usaha kualiti di Pustaka Negeri Sarawak termasuk:
      i. Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK/ICC)
      ii . Minggu Kualiti
      iii. Budaya 5S
      iv. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSH)
      v. Maklumbalas
      vi. Audit Kualiti
  • Registri pusat dan pemfailan



Pegawai Seranta

In Construction


© Sarawak State Library. All Rights Reserved | © Pustaka Negeri Sarawak. Hakcipta Terpelihara
Alamat:
Pustaka Negeri Sarawak:
Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium, 93050, Kuching, Sarawak, Malaysia.
Tel : 6 082 442000 | Fax:6 082 449944 | Email:librarian [at] sarawak [dot] gov [dot] my
Pustaka Miri: Jalan Kipas, Miri City Fan, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia.
Tel : 6 085 422525 | Faks:6 085 414444
Repositori Rekod Negeri: Jalan Sultan Tengah, 93050 Petra Jaya, Sarawak, Malaysia.
Tel : 6 082 440488 | Fax:6 082 440484

Penafian: Pustaka Negeri Sarawak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman-laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE7.0,Mozilla,Chrome atau Safari dengan resolusi 1024 x 768.
Hubungi Kami | Dasar Privasi | Keperluan Laman | Peta Laman

Jumlah pengunjung yang lepas:
482665
Kemaskini Terakhir:
10th April 2014