PROGRAM SAFARI MEMBACA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2009
23 October 2009
Safari Membaca oleh Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca Negeri
Program ini bertujuan untuk menggalakkan dan menyemai amalan membaca dalam kalangan pelajar. Aktiviti ini dinamakan Safari Membaca kerana aktiviti membaca yang dirancang akan dijalankan secara bergerak dan berkesinambungan dari stau tempat ke satu tempat iaitu dari bahagian Utara sehingga ke bahagaian Selatan Sarawak.
Aktiviti ini merupkan kesinambungan daripada Program Safari Membaca Peringkat Negeri Sarawak yang dilaksanakan pada tahun 2008. Pada tahun lepas, Maju Dalam Malaysia. Memandangkan program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, maka Jabatan Pelajaran Sarawak telah mengambil keputusan untuk meneruskan Program Safari Membaca pada tahun ini dengan mengekalkan format dan modus operandinya.
Rasional:
1. Amalan membaca hendaklah dibudayakan sebagai satu cara pemerolehan ilmu dan pemanfaatan idea, pendapat serta pengalaman orang lain.
2. Amalan membaca dalam kalangan pelajar masih berada pada tahap yang rendah.
3. Program-program yang sedia ada bagi menyemai budaya dan amalan membaca di sekolah masih gagal mendapat penyertaan yang menyeluruh daripada kalangan pelajar.
Matlamat:
Menjadikan amlan membaca sebagai budaya hidup dalam kalangan pelajar dan masyarakat umum.
Objektif:
1. Menyemai budaya membaca dalam kalangan pelajar dan masyarakat umum.
2. Mendedahkan peserta kepada keseronokan membaca
3. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan ahli masyarakat bahawa usaha menggalakkan amalan membaca dalam kalangan pelajar adalah tanggungjawab bersama ahli masyarakat
4. Membantu melahirkan ahli masyarakat yang bermaklumat dan bijaksana
5. Mendedahkan peserta kepada pelbagai kemahiran dan teknik membaca
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Encik Spawi Mahdi - Pegawai Pendidikan (BM) Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Sarawak, Tingkat 4 & 5, Bangunan RTM, Jalan P. Ramlee, 93614 Kuching
Tel:082-247050/247051, Fax: 082-414599