Pengenalan

Proses pemeliharaan rekod adalah unsur terpenting dalam keseluruhan operasi pemuliharaan bahan arkib. Tujuan pemeliharaan rekod arkib adalah bagi memanjangkan hayat penggunaan bahan arkib tersebut bagi tujuan penyelidikan. Pemeliharaan bahan arkib bertujuan mengurangkan risiko kerosakan dan melambatkan kadar kemerosotan rekod. Pemeliharaan preskriptif adalah satu cara mengenal pasti dan merawat atau menyalin bahan yang rosak untuk dipulihara agar dapat diakses oleh pengguna.
Pustaka Negeri Sarawak telah menetapkan tatacara pemperosesan bagi pemeliharaan rekod jabatan yang hendak dipindah ke Repositori Rekod Negeri, Pustaka Negeri Sarawak. Setiap langkah-langkah pemperosesan tersebut hendaklah diikuti bagi mencapai piawaian kebersihan rekod sebelum disimpan di dalam Repositori.


KOD PAKAIAN SEMASA MEMPROSES REKOD DAN ARKIB

  • Perlindungan peribadi mesti diutamakan sebelum menjalankan pemprosesan rekod dan arkib
  • Peralatan pelindung diri seperti gaun/baju pelindung dan sarung tangan pelindung nitril dan topeng muka akan menyempurnakan langkah-langkah perlindungan kepada kakitangan dan pada masa yang sama mencegah pencemaran kepada rekod atau dokumen lain.

MENYEDIAKAN RUANG UNTUK PEMPROSESAN REKOD DAN ARKIB

  • Menyediakan ruang khas untuk proses pembersihan rekod dan arkib

  • Makanan dan minuman tidak dibenarkan

  • Ruang untuk memproses rekod dan arkib dibahagikan kepada tiga bahagian: Kawasan Fail Kotor, Kawasan Pembersihan, Kawasan Fail Bersih (TRAY)Sediakan meja & kerusi yang sesuai dan selesa untuk anda melakukan pemprosesan bahan.