Sistem e-TerbitS

Pengenalan Sistem


Sistem e-TerbitS merupakan inisiatif Pustaka Negeri Sarawak melalui projek KFA hybrid antara Pustaka Negeri Sarawak dan Perpustakaan Negara Malaysia yang bertajuk Pengagihan fungsi sebagai pusat pemprosesan permohonan Nombor Piawaian Antarabangsa untuk penerbitan sebagai menyokong perancangan stategik Pustaka Negeri Sarawak melalui Balance Score Card (BSC) yang menjurus kepada Kecemerlangan dalam pengurusan maklumat (Knowledge Management Excellence), Kecemerlangan dalam perkhidmatan (Service Excellence) dan Kecemerlangan dalam kerjasama (Collaboration Excellence).

Objektif utama sistem ini dibangunkan adalah untuk membolehkan nombor piawaian antarabangsa iaitu International Standard Book Number (ISBN), dikeluarkan oleh Pustaka Negeri Sarawak hanya melalui sistem atas talian dengan mengekalkan fungsi utama Perpustakaan Negara Malaysia sebagai agensi tunggal yang mengawal pengeluaran nombor piawaian antarabangsa tersebut di Malaysia.

Kelebihan sistem e-Terbit ia membolehkan nombor ISBN dikeluarkan dari 1 hari bekerja kepada 3 jam sahaja atau serta merta selain mampu menyimpan data penerbit serta maklumat penerbitan di Sarawak. (Tertakluk kepada terma dan syarat permohonan).

Pendaftaran Baru


Sebelum mendaftar, sila pastikan anda mempunyai dokumen-dokumen tersebut tersedia

  1. Alamat Emel yang sah
  2. Dokumen Lampiran dalam format digital (.jpg, .png, .doc atau .pdf) seperti:
    • Pendaftaran Individu: Salinan Kad Pengenalan
    • Pendaftaran Persatuan: Salinan Sijil Pendaftaran Persatuan
    • Pendaftaran Kerajaan: Salinan Surat Rasmi Permohonan Pendaftaran Program ISBN
    • Pendaftaran Swasta: Salinan Ordinan Nama-Nama Perniagaan


Log Masuk


Hubungi Kami


Pustaka Negeri Sarawak
Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium,
93050 Petra Jaya, Kuching
Sarawak


Tel : +6 082 442 000
Faks : +6 082 449 944
Laman Web : www.pustaka-sarawak.com

librarian@sarawak.gov.my

Repositori Rekod Negeri
Jalan Cahya Indah,
Off Jalan Sultan Tengah,
93050 Kuching, Sarawak


Tel : +6 082 440 488
Faks : +6 082 440484

statedepository@sarawak.gov.my