EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Tafsir maudhu

image description
Call no.
: 297.77 SUH
Penulis
: Suhaila Abdullah et al.
Penyumbang
: Japri Bin Bujang Masli
Ringkasan
Tafsir maudhu`iy adalah tafsiran mengikut tajuk perkara. Jilid ini membincangkan berkenaan ilmu dan tamadun serta ayat-ayat Quran yang berkenaan dengan perkara ini. Wahyu pertama dalam surat al Alaq ayat 1-5 menjelaskan kepentingan amalan membaca selain menegaskan bahawa ilmu adalah pemberian Allah SWT yang diajarkan kepada manusia. Ini bermaksud bahawa kita perlu membaca dan kefahaman terhadap ilmu tersebut akan datang daripada Allah SWT. Inilah rahmat Allah kepada sesiapa yang hendak diberikannya hikmah. Allah mengajar manusia melalui pena. Ini memberikan lagi penekanan kepada kepentingan membaca bagi mempelajari ilmu baru. Ayat 78 surah an Nahl menerangkan bahawa manusia dilahirkan daripada rahim ibu masing-masing dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa. Ayat ini menjelaskan bahawa belajar adalah suatu kemestian dan bukan pilihan. Jika kita gagal belajar nescaya kita tidak akan memahami ilmu yang kita perlukan dengan akibatnya kita tidak dapat melakukan perkara yang memerlukan ilmu tersebut. Ilmu sebagai asas untuk manusia melakukan sesuatu dan teras kepada fungsinya menjadi khalifah di bumi. Dengan penguasaan ilmu manusia memakmurkan bumi serta membangunkan tamadun.