EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Art Exhibition – Miri, A Hidden Treasure

Tarikh Mula
18 Mar 2019
Tarikh Tamat
18 Mar 2019
Masa
8.30 am - 4.30 pm
Tempat
Multi Purpose Room, Pustaka Negeri Sarawak, Miri
Keterangan Peristiwa

Pameran dan bengkel seni ini merupakan salah satu program yang sering diadakan di Pustaka, Miri dan untuk kali ini diadakan secara berkolaborasi bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak dan Unit Local Agenda 21 dari Majlis Bandaraya Miri.

Program ini diadakan untuk mempamerkan hasil karya yang cukup indah dan menarik, yang dihasilkan oleh para pelajar dan juga para pendidik serta pelukis-pelukis berkaliber di negeri Sarawak yang turut serta dalam pameran ini. Bahan-bahan kitar semula turut digunakan dalam menghasilkan karya seni mereka. Di samping memainkan fungsi sebagai pusat sumber maklumat dan rujukan di negeri ini, Pustaka Negeri Sarawak juga berperanan sebagai pusat pengumpulan sumber-sumber maklumat dalam pelbagai format. Hasil seni merupakan salah satu di antaranya untuk rujukan dan tatapan generasi muda dan mereka yang meminati hasil karya penggiat-penggiat seni.

Event Statistics / Statistik Aktiviti

There were no participants signed up online for this event.