EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Sarawak Independence Memory Sharing : Abang Mohamad Abang Jess

Tarikh Mula
27 Jul 2021
Tarikh Tamat
27 Jul 2021
Masa
10AM
Tempat
Saluran : Youtube dan Facebook Rasmi Pustaka Negeri Sarawak
Keterangan Peristiwa

Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai setiap tahun tetap diraikan walaupun kini seluruh dunia sedang berdepan dengan penularan pandemik Covid-19. Menerusi platform digital ataupun dunia maya, sekali lagi pada tahun ini Pustaka Negeri Sarawak telah menyusun pelbagai program menarik untuk semua lapisan masyarakat.

Bertemakan Sarawak Gemilang Untuk Semua, Pustaka Negeri Sarawak menjemput anda semua untuk menyertai program seperti yang telah dirancang bagi meningkatkan semangat cintakan negeri Sarawak serta menambahkan ilmu pengetahuan menerusi program-program bermaklumat yang diadakan bermula pada 19 Julai hingga 30 Julai 2021.

Slot Sejarah Sarawakku Sayang yang akan disiarkan di sepanjang tempoh tersebut umpamanya akan berkongsi maklumat mengenai pelbagai peristiwa bersejarah yang telah berlaku seperti semasa zaman pemerintahan Brooke dan sebagainya. Seterusnya, anda juga berpeluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah Sarawak menerusi Pameran Hari Sarawak yang akan disiarkan secara dalam talian menerusi laman web rasmi Pustaka Negeri Sarawak (pustaka.sarawak).

Pada 22 Julai 2021 iaitu kemuncak sambutan hari Sarawak 2021, akan disiarkan menerusi saluran media sosial rasmi Pustaka Negeri Sarawak (pustaka.sarawak) dan YouTube (pustakasarawak) iaitu Forum Hari Sarawak: Sarawak Gemilang Untuk Semua bermula pada jam 2.30 petang. Forum tersebut akan mengupas mengenai pengalaman dan pandangan setiap ahli panel yang telah dijemput iaitu Dr. Bilcher Bala, Pensyarah dari Universiti Malaysia Sabah, Dr. Ong Liap Teck, Pensyarah dari Universiti Teknologi Swinburne, Dr. Nadrawina Isnin dan Encik Amir Zuhaily Zaidan, Pensyarah dari Universiti Teknologi MARA kampus Sarawak. Forum tersebut akan dikendalikan oleh Tuan Haji Japri Bujang Masli dari Pustaka Negeri Sarawak.

Pada 23 Julai 2021 pula berlangsungnya Forum Sarawakiana yang bertajuk Rosli Dhobi, Semangat Yang Tidak Mati. Pastikan anda tidak melepaskan peluang ini untuk menyaksikan forum menarik ini yang juga akan disiarkan secara dalam talian. Lain-lain program menarik yang akan menemui anda adalah seperti Book Review: Sarawakiana Collection, Book Talk: Development of Architechture in Sarawak, Poster Pantun Semangat Merdeka, Pustaka Young Explorer: Cerita Rakyat, Belajar Bahasa Sarawak Siri 1 & 2, Deklamasi Puisi Kepada Wira & Wirawati Negara, Miri: Dolok, Marek & Kinek, Sarawak Independence Memory Sharing: Abg Mohamad Abg Jess dan Poster Pantun Sarawak Dalam Sejarah.

Penyertaan adalah PERCUMA!

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program-program yang dinyatakan bolehlah berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:

Pustaka Negeri Sarawak, Kuching:
Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my)
Tel: 082-440488

Pustaka Negeri Sarawak, Sibu:
Cik Nur Amanina Mastani (nuraman@sarawak.gov.my)
Tel: 084-315200

Pustaka Negeri Sarawak, Miri:
Puan Lilian Baun Pulo (lilianbp@sarawak.gov.my)
Tel: 085-422525

Event Statistics / Statistik Aktiviti

There were no participants signed up online for this event.