EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Bahagian Inovasi dan Kelestarian

Ditubuhkan pada tahun 2004, ia dinamakan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan sehingga tahun 2017. Pada tahun 2020 peranannya diperkembangkan dengan meliputi fungsi pengurusan ilmu. Dari segi pentadbiran, ia adalah di bawah naungan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi). Misi teras Bahagian Inovasi dan Kelestarian adalah

  1. menjalankan penyelidikan dan kajian mengenai perpustakaan, sains maklumat, pengurusan rekod dan pengurusan arkib yang bertujuan untuk penambahbaikan serta pembangunan berterusan kualiti peranan perpustakaan dalam masyarakat dan peranan profesional maklumat;
  2. menggalakkan aplikasi penemuan-penemuan penyelidikan dalam bidang perpustakaan, sains maklumat, pengurusan rekod dan pengurusan arkib;
  3. menggalakkan piawaian, garis panduan dan amalan terbaik dalam bidang perpustakaan, sains maklumat, pengurusan rekod dan pengurusan arkib;
  4. memberi sokongan, input serta khidmat nasihat bagi penubuhan, pengembangan dan penambahbaikan kemudahan perpustakaan melalui tadbir urus geran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan;dan
  5. melaksanakan inisiatif dan program pengurusan ilmu.

Fungsi

Penyelidikan

  1. Menjalankan kajian kepuasan pelanggan, kajian pemasaran dan kajian-kajian lain.
  2. Merancang, mengurus dan mentadbir urus penyelidikan dalam bidang perpustakaan, sains maklumat, pengurusan rekod dan pengurusan arkib.
  3. Menyelaras perancangan dan pelaksanaan program-program penambahbaikan yang berlandaskan penemuan-penemuan dari kajian dan penyelidikan.
  4. Mengurus dan mentadbir urus kajian-kajian dan penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan oleh pihak luar di Pustaka.
  5. Mengurus perolehan data, kompilasi dan pengedaran statistik perpustakaan seluruh Negeri.

Pembangunan

  1. Menyelaras perancangan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia.
  2. Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan Rancangan Malaysia.
  3. Merancang dan melaksana projek-projek pembangunan kecil belanja mengurus.
  4. Menilai prestasi projek-projek pembangunan kecil belanja mengurus yang telah dilaksanakan.
  5. Menyelaras perancangan, pelaksanaan dan penilaian prestasi pelan-pelan strategik.
  6. Memantau dan menyelaras penilaian prestasi program-program penambahbaikan berterusan rentas fungsi.

Pengurusan Ilmu

  1. Mengurus pengenalpastian domain ilmu dan aset ilmu.
  2. Mengurus perekodan aset ilmu ke dalam pangkalan ilmu.
  3. Mengurus pengemaskinian berjadual pangkalan ilmu.
  4. Merancang, melaksana dan menyelaras sesi perkongsian ilmu.
  5. Merancang, melaksana dan menyelaras inisiatif-inisiatif pengurusan ilmu lain.
  6. Memantau pelaksanaan inisiatif-inisiatif pengurusan ilmu.
  7. Memantau promosi, pengemaskinian dan penggunaan repositori ilmu Negeri.
  8. Menilai prestasi repositori ilmu Negeri.

Penyelidikan-Penyelidikan yang Telah Siap dan Sedang Berlangsung

  1. Training Needs Analysis for Library Services in Sarawak - Siap pada 2005.
  2. The Reading Habits Among the Users of Pustaka Negeri Sarawak - Siap pada 2014.
  3. The Reading Habits Among the Users of Public Libraries in Sarawak - Siap pada 2014.
  4. The Information-Seeking Behaviour of the State Civil Staff - Siap pada 2019.
  5. The Information-Seeking Behaviour Among the Rural Dwellers of Sarawak - Siap pada 2020.
  6. Impact Study on the Reader Development Programs of Pustaka Negeri Sarawak – Baru.
  7. Impact Study on the Digital Inclusivity Initiatives in Sarawak – Baru.
  8. The Effectiveness of Records Management Programmes of Pustaka – Baru.
  9. The Effectiveness of Legal Deposit Programmes of Pustaka – Baru.

Penerbitan

  1. Directory of Public Libraries in Sarawak, First Edition.
  2. Directory of Public Libraries in Sarawak, Second Edition.
  3. Directory of Public Libraries in Sarawak, Third Edition.
  4. Directory of Public Libraries in Sarawak, Fourth Edition.
  5. The Reading Habits Among the Users of Pustaka Negeri Sarawak.
  6. The Reading Habits Among the Users of Public Libraries in Sarawak.
  7. The Information-Seeking Behaviour of the State Civil Staff.
  8. The Information-Seeking Behaviour Among the Rural Dwellers of Sarawak.