EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Lawatan Tapak ke Perpustakaan Desa Kampung Sepinang, Pusa, Betong

Posted on 02 September 2020

1 September 2020, KUCHING - Lawatan tapak telah diadakan di Perpustakaan Desa Kampung Sepinang, Pusa, Betong yang merupakan antara perpustakaan di bawah Projek Sarawak Digital Community Centre (DCC) bersama YB Haji Raizaili Bin Haji Gapor, Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.29 Beting Maro diiringi oleh YBrs. Dr. Rashidah Haji Bolhassan, Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak.

Untuk makluman, Pustaka Negeri Sarawak telah menyambut hasrat Kerajaan Sarawak untuk memanfaatkan ekonomi digital dan telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi koordinator kepada 42 perpustakaan di bawah Projek Sarawak Digital Community Centre.

Antara 20 buah perpustakaan tersebut akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak semasa International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) yang akan diadakan pada 7 Oktober 2020 kelak.

Sehubungan itu, Perpustakaan Kampung Sepinang adalah antara perpustakaan yang telah dipilih sebagai projek DCC dan berperanan sebagai pusat latihan berkaitan digital yang akan memberikan pendedahan penduduk kampung kepada dunia luar.

Objektif projek ini adalah seperti berikut:-
i. Menyediakan platform perkhidmatan dan sokongan ICT
ii. Memperkasakan kemahiran digital komuniti dan membina kapasiti bakat
iii. Menawarkan pembangunan bekalan kepada pengusaha tempatan
iv. Mempertingkatkan kesedaran dan ketersediaan digital untuk keperluan semasa dan masa hadapan

Turut hadir bersama adalah Ketua Sektor ICT, Pustaka Negeri Sarawak, pegawai daripada Sarawak Multimedia Authority (SMA), petugas Perpustakaan Desa Kampung Sepinang dan komuniti Kampung Sepinang.

Semoga dengan adanya projek ini mampu meningkatkan lagi pengetahuan digital dikalangan komuniti setempat.