EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

BASIC EMERGENCY RESPONSE AND PRESERVATION SKILLS (BERES) SIRI 4 (6 - 7 Mac 2024)

Posted on 11 March 2024

11 Mac 2024, MIRI - Bermula pada tahun 2023, Pustaka Negeri Sarawak telah memperkenalkan program kesedaran pemeliharaan bahan arkib menerusi Basic Emergency Response and Preservation Skills (BERES).

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) mengenai teknik-teknik asas digunakan untuk menyelamatkan rekod selepas bencana serta meningkatkan kefahaman tentang kepentingan menyelamatkan rekod selepas bencana terutama sekali di jabatan dan agensi kerajaan Sarawak.

Program selama dua hari ini telah dijalankan di Bilik Serbaguna, Pustaka Negeri Sarawak Miri dan melibatkan agensi-agensi seperti Pejabat Daerah Bintulu, Pejabat Daerah Subis, Pejabat Daerah Lawas, Majlis Daerah Marudi dan Majlis Daerah Subis.

Jika jabatan/agensi anda berminat untuk menyertai program ini, sila berhubung dengan Encik Mohamad Aizat Bin Ajis di Bahagian Pengurusan Arkib, Sektor Perkhidmatan Depositori melalui aizat2@sarawak.gov.my atau Tel: 082-374 000

#pustakanegerisarawak
#sarawakstatelibrary
#staterecordrepository
#repositorirekodnegeri
#bacarekacemerlang
#readinnovateexcel
#pustaka2024
#beres2024

Please LIKE, COMMENT & SHARE:
Website : https://www.pustaka-sarawak.com/
Facebook : https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/
X : https://twitter.com/pustakaswk
Instagram : https://www.instagram.com/pustakaswk/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@pustakanegerisarawak/
Youtube : https://www.youtube.com/@PustakaSarawak/

Follow the Pustaka Negeri Sarawak channel on WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029Va6BLf859PwNwTOgCQ37

https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/posts/pfbid0Xa25ZvLXP6NzuPkQaVjiMb5PB9r6JRKESMWQcWjFf78FUbUZSzVJqAhnuK8cjVxzl

//cer