Menu

Nur Azshielda Sahran

Shield Sahran ialah seorang penulis dan pelukis pada waktu senggang. Melibatkan diri dengan kerja-kerja mural di sekolah, minat seni lukis berlanjutan sehingga ke hari ini. Beberapa hasil kerja seni lukis pernah di cuba secara tradisional dan juga digital tetapi beliau lebih menyukai seni lukis tradisional iaitu melukis di atas kertas lukisan. Pelbagai teknik telah di cuba antaranya catan, acyrilic, charcoal, marker pen dan water color brush. Namun beliau lebih menggemari penggunaan marker pen. Beliau menggemari lukisan jenis surreal yang sering digabungkan dengan gaya doodle. Hasil lukisan biasanya boleh dilihat di akaun rasmi Instagram @hshield dan juga blog iaitu themaidensgiedd.blogspot.com. Setiap kumpulan lukisan mempunyai judul masing-masing seperti Art Couture, Artiste, Arthralgia, Artology dan lain-lain. Tetapi elemen surreal tetap dikekalkan sebagai identiti lukisan. Beliau menjadikan kerja-kerja melukis sebagai art-therapy dan turut terlibat dengan aktiviti The Inktober Initiative yang diasaskan oleh Mr. Jake Parker pada tahun 2009. Kini beliau membantu membuat draf ilustrasi untuk penulis lain.