Menu

Pustaka Negeri Sarawak 2

Pustaka Negeri Sarawak merupakan mercu tanda ikon Kuching dan melambangkan wujudnya kestabilan, keamanan dan perpaduan menerusi toleransi, ilmu dan tadbir urus yang baik untuk maju dan makmur. Gedung ilmu yang tersimpan pelbagai khazanah untuk membina generasi yang celik akal dalam maklumat, ilmu dan teknologi. Sapuan teknik pewarnaan pada bangunan dengan pelbagai campuran warna adalah untuk menyampaikan mesej terdapatnya pelbagai unsur ilmu yang tersimpan didalamnya. Teknik pelbagai rangkaian warna air boleh menampakkan ketenangan persekitaran dari pelbagai sudut yang pastinya menjadi tarikan para pengunjung.