Langkah 4 : Bersihkan setiap helaian menggunakan berus arkib. Gunakan folder tulang untuk meratakan permukaan. Permukaan helaian yang koyak perlu dibaiki bahan pemeliharaan arkib

 

  1. Fail yang hendak dibersihkan perlu dibersihkan di “KAWASAN PEMBERSIHAN”
  2. Di sarankan untuk membersihkan fail tersebut dengan memberus fail tersebut kebawah atau keatas. TIDAK DIGALAKKAN untuk membersih fail ke bahagian SISI kerana khuatir debu pada helaian fail berpindah ke “KAWASAN FAIL BERSIH” seperti dalam gambar dibawah.
  3. Guna bone folder untuk meluruskan/meratakan permukaan yang berlipat. Berhati-hati ketika meratakan permukaan yang berlipat bagi mengelakkan fail tersebut rosak khususnya fail lama yang mudah terkoyak.
  4. Setiap permukaan yang koyak hendaklah dibaikpulih menggunakan Repairing tape.
  5. Jika permukaan tersebut mempunyai lubang, pastikan lapisan yang dibaikpulih pada permukaan atas dan bawah bagi mengelakkan kertas fail melekat kepada fail lain.