Sarawak Author's Festival 2022



PENGENALAN

Pustaka Negeri Sarawak selain berfungsi sebagai Perpustakaan Negeri, ia juga merupakan Pusat Depositori bagi penyimpanan bahan-bahan terbitan, rekod-rekod awam kerajaan negeri dan bahan-bahan arkib untuk negeri Sarawak. Bagi memastikan Pustaka sentiasa relevan kepada masyarakat di Sarawak, pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk aktiviti atau program yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti penulisan dan penerbitan melalui penganjuran program Sarawak Authors Festival (SAF) atau Festival Penulis-penulis Sarawak yang diadakan setiap dua tahun sekali yang bersesuaian dengan peranan Pustaka Negeri Sarawak sebagai Pusat Penyerahan Bahan Terbitan (Legal Deposit) berdasarkan Sarawak State Library Ordinance, 1999.


LATAR BELAKANG PROGRAM

Sarawak Authors Festival (SAF2017) julung kalinya telah dianjurkan pada tahun 2017 dari 18-20 Mei 2017 dengan bertemakan Penulis Berilmu, Karya Bermutu. Pada tahun 2018, Program Sarawak Authors Festival (SAF) telah diadakan pada 15-21 Oktober 2018 dengan tema Pemikiran Kreatif dalam Penulisan. Pelbagai program dan aktiviti telah diadakan di sepanjang kedua-dua Festival tersebut khususnya yang berkaitan dengan bidang penulisan dan penerbitan. Kedua-dua festival tersebut telah menarik minat lebih dari 12,000 peserta dan pengunjung. Pada tahun 2020 ketika dunia dilanda pendemik Covid-19, SAF tetap diadakan namun kesemua aktiviti telah diadakan mengikut Prosidur Operasi Standard iaitu secara norma baharu. Sebanyak 18 program telah diadakan secara atas talian yang telah berjaya menarik minat 166 penyertaan melalui Zoom, 5,044 tontonan (views), sukaan 369 (likes), 180 perkongsian (shares), 89 komen (comments) dan sebanyak 190 penyertaan adalah secara fizikal semasa Program Sarawak Authors Festival 2020 Dinner yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak serta Menteri Belia dan Sukan Sarawak bertempat di Borneo Convention Centre, Kuching.

TEMA: SAF2022 (Legasi)

Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan, legasi membawa tiga maksud:

  • Pusaka, harta peninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.);
  • Warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita);
  • Kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan).


Program & Aktiviti Sarawak Authors Festival 2022

  • Fokus adalah kepada warisan, peninggalan dan kesan
  • Generasi sekarang dan akan datang adalah sebagai penyambung / pewaris / penerus legasi penulisan di sarawak

JADUAL