Category FAQs Search : Subis District Council (Majlis Daerah Subis)
Question: Apakah fungsi Majlis Daerah Subis?
Answer: 1. Bahagian Khidmat Pengurusan.
- pentadbiran am dan penyediaan khidmat sokongan.
- pengurusan dan pembangunan sumber manusia.
- urusetia jawatankuasa dan pengurusan mesyuarat.
- pengurusan rekod, dokumen dan surat menyurat.
- menyelaras program pembangunan kualiti dan penambahbaikan berterusan.
- pengurusan aduan pelanggan.
- tempahan bilik mesyuarat dan dewan masyarakat.
2. Bahagian Pembangunan Komuniti: Unit Perpustakaan
- menguruskan tiga (3) buah perpustakaan awam:
i. Perpustakaan Awam Bekenu.
ii. Perpustakaan Awam Batu Niah.
iii. Perpustakaan Desa Rioh, Suai Tengah.
- mentadbir dan menguruskan perpustakan awam dan perpustakaan desa.
- memproses dan menyediakan buku - buku perpustakaan dan pelbagai bahan bacaan.
- menguruskan permohonan untuk menjadi ahli perpustakaan.
- mengemaskini rekod-rekod ahli serta inventori buku perpustakaan.
- pengurusan buku - buku mengikut klasifikasi dan menyediakan katalog buku. Bertanggungjawab ke atas keselamatan buku dan kebersihan perpustakaan.
- menyelia Pusat Digital Komuniti (DCC) untuk aktiviti dan kegunaan orang awam.
3. Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar.
- bertanggungjawab ke atas kesihatan dan alam sekitar kawasan di bawah bidang kuasa majlis seperti perkhidmatan kutipan sisa-sisa pepejal, kebersihan jalan raya dan lain-lain.
- kawalan penyakti berjangkit seperti demam denggi dan lain-lain.
- kawalan mutu dan keselamatan makanan di kawasan yang terletak di bawah bidang kuasa majlis.
- mengurus kerja-kerja penyelenggaraan pasar dan tandas awam.
- memproses permohonan pelbagai lesen perdagangan.
- penyemakan pelan pembangunan dan pengeluaran sijil layak menduduki.
- menguatkuasa akta dan peraturan yang berkaitan kesihatan awam.
4. Bahagian Penilaian dan Percukaian.
- menilai semula pegangan cukai.
- menyediakan bil-bil cukai taksiran.
- menyediakan laporan kutipan cukai taksiran secara bulanan dan tahunan.
- pengurusan proses menuntut kembali tunggakan cukai.
- menyediakan anggaran hasil cukai/kadar bagi belanjawan tahunan.
- melaksanakan tuntutan bayaran kadar daripada agensi-agensi kerajaan.
- memproses permohonan pengecualian dan pengurangan cukai taksiran.
- memproses permohonan Borang G.
5. Bahagian Penguatkuasa.
- penguatkuasaan undang-undang kecil majlis dan ordinan pihak berkuasa tempatan.
- memproses permohonan permit untuk kain rentang, banting dan papan iklan.
- mengeluarkan notis serta mengambil tindakan undang-undang ke atas pesalah yang enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
6. Bahagian Khidmat Pengurusan (Unit Kewangan).
- pengurusan hasil.
- pengurusan perbelanjaan.
- perakaunan.
- emolumen dan pinjaman.
7. Bahagian Kejuruteraan.
- menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan.
- penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan yang disediakan seperti jalan raya, parit/longkang, jambatan, lampu jalan, taman rekreasi, bangunan-bangunan majlis.
- mengurus dan memproses dokumen-dokumen tender dan perjanjian kontrak.
- menguruskan permohonan kelulusan pelan bangunan dan pengeluaran sijil layak menduduki bangunan (occupation permit).
- merancang, melaksana dan memantau perlaksanaan projek termasuk kerja-kerja penyelenggaraan.
- menyediakan laporan prestasi projek-projek pembangunan.
tempahan gelanggang bola keranjang, Bekenu.
(Source: Laman Sesawang Majlis Daerah Subis, 30 Apr 2025)
Source Link: https://mdsubis.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/129