Category FAQs Search : Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Question: Apakah Skim Khairat Kematian (SKK) 2025 yang dinyatakan di dalam laman sesawang Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
Answer: A. Skim Khairat Kematian (SKK) 2025
- Amaun Tuntutan – RM1,000 bagi setiap individu yang layak.
- Tarikh Tuntutan SKK - Mulai 03 Februari 2025 sehingga 31 Disember 2025.
- Kaedah Tuntutan – Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
B. Hubungan Waris Yang Layak Tuntut SKK
1. Permohonan Kategori Kahwin.
- Pasangan (wujud pada permohonan STR 2025); atau
- Pemohon diberi keutamaan untuk tuntutan SKK sekiranya Pasangan (wujud pada permohonan STR 2025) meninggal dunia; atau
- Waris berdaftar pada Permohonan STR 2025 sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN. Bawa bersama dokumen sokongan tambahan.
2. Permohonan Kategori Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai Anak yang menepati syarat atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Waris berdaftar pada Permohonan STR 2025.
3. Hubungan Waris yang layak adalah:
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak
i. Anak Kandung
ii. Anak Tiri
iii. Anak Angkat
- Adik-Beradik
C. Syarat Kelayakan SKK
1. Permohonan berstatus Lulus STR 2025 bagi kategori:
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; atau
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2025.
2. Individu meninggal dunia yang layak SKK
- Pemohon
- Pasangan yang wujud pada borang Permohonan Lulus STR 2025 dan berstatus Warganegara.
D. Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Tuntutan SKK
- Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
- Dokumen Pengenalan Diri asal Waris; atau
- Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu).
(Source: Laman sesawang rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 30 Apr 2025)
Source Link: https://bantuantunai.hasil.gov.my/SKK.aspx