Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Question: Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 yang dinyatakan di dalam laman sesawang Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Answer: A. Kelayakan SARA 2025 adalah terhad kepada:

1. SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.

2. SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih 31 Oktober 2024 dengan ketetapan seperti berikut:

i. Data eKasih 31 Januari 2025 (layak SARA 2025 mulai Januari 2025) - keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada April 2025
ii. Data eKasih 30 April 2025 (layak SARA 2025 mulai April 2025) - keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Julai 2025
iii. Data eKasih 31 Julai 2025 (layak SARA 2025 mulai Julai 2025) - keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Oktober 2025
iv. Data eKasih 30 Oktober 2025 (layak SARA 2025 mulai Oktober 2025) - keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada November 2025

Penerima SARA 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Penerima STR 2025 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2025 berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2025 - Disember 2025).

Manakala kadar tambahan kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 9 bulan (April 2025 - Disember 2025).

Walaubagaimanapun, amaun kelayakan SARA 2025 adalah tertakluk kepada fasa STR 2025 diluluskan. Sekiranya permohonan STR diluluskan mulai semakan Fasa 2 / Fasa 3 / Fasa 4, bayaran SARA yang akan diterima adalah mulai bulan permohonan STR berkenaan diluluskan.

(Source: Laman sesawang rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 30 Apr 2025)

Source Link: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Sara.aspx