Category FAQs Search : Sarawak Constabulary
Question: Apakah syarat kelayakan fizikal bagi memohon jawatan-jawatan dalam PDRM?
Answer: Syarat kelayakan fizikal bagi memohon jawatan-jawatan dalam PDRM adalah seperti berikut:
a. Jawatan Inspektor, Sarjan dan Konstabel
Tinggi tidak kurang daripada 1.63 m bagi lelaki dan 1.57 m bagi wanita tanpa sepatu.
Ukuran dada 81 sm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja).
Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi lelaki dan 48 kg bagi wanita.
Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap.
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray
b. Jawatan Konstabel Orang Asli:
Tinggi tidak kurang daripada 1.63 m (lelaki) tanpa sepatu
Ukuran dada 81 sm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg
Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray
c. Jawatan Konstabel Sokongan:
Tinggi tidak kurang daripada 1.63 m bagi lelaki dan 1.57 m bagi wanita tanpa sepatu
Ukuran dada 81 sm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray
(Source: Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia, 05 May 2025)
Source Link: https://www.rmp.gov.my/faq