Category FAQs Search : Institut Tadbiran Awam Negara
Question: Pusat Pengajian Teknologi Maklumat & Pembangunan Teknologi (IMATEC)
Answer:
Mengenai Kami
Pusat Pengajian Teknologi Maklumat & Pembangunan Teknologi (IMATEC) telah diberi mandat dan tanggungjawab untuk melaksanakan latihan ICT, menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat konsultasi ICT sektor awam. Di samping itu, IMATEC juga bertanggungjawab membangunkan sistem-sistem aplikasi INTAN serta menyediakan perkhidmatan ICT kepada INTAN Bukit Kiara, semua kampus Wilayah INTAN serta program-program yang telah dirancang.
IMATEC juga bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan kursus-kursus pensijilan dalam pelbagai bidang melalui kolaborasi dengan agensi Kerajaan dan industri ICT seperti CISCO and Microsoft.
Perubahan teknologi serta kepakaran yang dimiliki oleh pegawai IMATEC telah membolehkan kaedah pembelajaran secara maya diperkenalkan kepada sektor awam pada tahun 2008. Hasilnya, INTAN merupakan peneraju utama pelaksanaan E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA®).
(Source: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 05 May 2025)