Category FAQs Search : Institut Tadbiran Awam Negara
Question: Pusat Pembangunan Kejurulatihan dan Pengajian Lanjutan (PPKPL)
Answer:
Mengenai Kami
Pusat Pembangunan Kejurulatihan dan Pengajian Lanjutan (PPKPL) telah dijenamakan semula pada tahun 2022 selaras dengan penyusunan semula INTAN. Pusat ini bertanggungjawab merancang dan menyediakan pembangunan kapasiti tenaga pengajar dan pengurusan latihan untuk jurulatih INTAN bagi memastikan program pembelajaran yang berkualiti dan berimpak tinggi.
Pusat ini juga menyelaras Kursus Persediaan kepada penjawat awam yang dianugerahkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan melatih peserta Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) dalam bidang Hubungan Antarabangsa dan Keselamatan (IRS).
Kursus Asas Penyelidikan untuk Penjawat Awam turut dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman penjawat awam dalam melaksanakan kajian dan penyelidikan.
Pusat ini telah ditauliahkan sebagai Pusat Kecemerlangan Coaching dalam Perkhidmatan Awam pada tahun 2021 untuk membudayakan coaching dalam kalangan penjawat awam.
PPKPL merangkumi Subpusat Pembangunan Kejurulatihan, Subpusat Pengajian Lanjutan dan Unit Pentadbiran Am.
(Source: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 05 May 2025)