Category FAQs Search : Institut Tadbiran Awam Negara
Question: Pusat Pengajian Komunikasi dan Bahasa (PPKB)
Answer:
Mengenai Kami
Pusat Pengajian Komunikasi dan Bahasa (PPKB) ditubuhkan untuk meningkatkan kemahiran serta kompetensi komunikasi dan bahasa dalam kalangan penjawat awam bagi memastikan mereka kekal kompetitif dan berdaya saing.
Selain membangunkan modul dan program Latihan di bidang komunikasi dan bahasa, Pusat ini melaksanakan penilaian penguasaan Bahasa Inggeris dalam program pembangunan kepimpinan dan untuk pelbagai skim dan gred perkhidmatan. Ini selaras dengan keperluan masa kini untuk memastikan INTAN berperanan sebagai peneraju latihan dalam pembentukan sahsiah dan penilaian bahasa sektor awam yang unggul.
Pusat Pengajian Komunikasi dan Bahasa terdiri daripada sub-unit berikut:
Unit Pembangunan, Penyampaian Latihan Dan Penilaian Bahasa Inggeris
Unit Pembangunan dan Penyampaian Latihan Bahasa Cina
Unit Kecemerlangan Komunikasi dan Bahasa Melayu
Unit Pentadbiran
(Source: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 05 May 2025)
Source Link: https://www.intanbk.intan.my/iportal/ms/info-korporat/pusat-pengajian/pusat-pengajian-komunikasi-dan-bahasa-ppkb