Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Human Rights

Question: Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak

Answer:
Pelantikan Pesuruhjaya Kanak-kanak Malaysia (CC) pada Ogos 2019 bertujuan untuk meningkatkan hak kanak-kanak di Malaysia. Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia adalah sebuah pejabat bebas yang bertanggungjawab untuk memperkasakan dan melindungi hak kanak-kanak seperti yang termaktub dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC). Peranan utama CC adalah melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia semua kanak-kanak di bawah 18 tahun di seluruh Malaysia, tanpa mengira status mereka.

CC memberi tumpuan kepada promosi dan perlindungan hak kanak-kanak, seperti yang digariskan oleh CRC. CC bertanggungjawab untuk memastikan bahawa empat (4) prinsip teras CRC iaitu: tidak diskriminasi; komited untuk kepentingan terbaik kanak-kanak; hak untuk hidup, kelangsungan dan perkembangan; dan hormat terhadap pandangan kanak-kanak, diperhatikan. Selanjutnya, peranan CC adalah untuk memperkukuhkan undang-undang yang berkaitan dengan kanak-kanak melalui mandat yang diperuntukkan di bawah Akta 597 (Akta).

Sejak pejabat ini mula beroperasi secara penuh pada Mei 2020, OCC telah mengatur banyak program dan aktiviti seperti dialog dalam talian dan konsultasi dengan pertubuhan bukan kerajaan dan agensi kerajaan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia; telah menghadiri mesyuarat-mesyuarat dengan beberapa Menteri di Putrajaya dan Kuching; dan melakukan lawatan-lawatan pemantauan ke rumah-rumah kebajikan kanak-kanak dan sekolah- sekolah alternatif di Sarawak dan pusat perlindungan bayi-bayi ditinggalkan di Petaling Jaya. Berdasarkan dapatan daripada semua dialog dan rundingan atas talian, mesyuarat-mesyuarat dan lawatan-lawatan, OCC telah berjaya memanjangkan semua isu dan cadangan yang dikumpulkan kepada Menteri berkaitan untuk tindakan lanjut mereka. OCC akan memantau jika Kementerian-kementerian tersebut telah menangani isu-isu yang dibangkitkan sepenuhnya, dan untuk selanjutnya melakukan advokasi kepada Kerajaan dan menasihati kementerian untuk memberikan komitmen mereka terhadap isu hak kanak-kanak.

OCC seterusnya berhasrat menubuhkan Majlis Konsultasi Kanak-kanak, dalam masa terdekat, yang terdiri daripada kanak-kanak sendiri, yang akan memaklumkan kepada CC mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dan rungutan mereka.

Untuk visi jangka panjangnya, OCC berharap untuk lahir satu polisi "pendidikan untuk semua kanak-kanak" yang akan dilaksanakan pada tahun 2025. Untuk itu terlaksana, OCC perlu memastikan semua kanak-kanak yang berhak di sisi undang-undang untuk memiliki kewarganegaraan Malaysia diberi hak tersebut sebelum 2023.

(Source: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), 05 May 2025)

Source Link: https://suhakam.org.my/ms/occ/