Category FAQs Search : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Question: Apakah jenis pertubuhan yang perlu didaftarkan?
Answer: Apa jua pergerakan/pertubuhan/persatuan yang mengandungi minimum 7 orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal hendaklah mendaftarkan pertubuhannya.
Namun sekiranya ia mempunyai akta/undang-undang khusus yang lain, ia tidak perlu didaftarkan di bawah Jabatan ini. Contohnya pertubuhan belia perlu didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 1997, dan lain-lain akta yang berkaitan.
(Source: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, 20 Nov 2025)
Source Link: https://www.ros.gov.my/portal-main/faq