Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Question: Apakah yang perlu dilakukan apabila berlaku pertukaran setiausaha?

Answer: Setiausaha yang baharu perlu melakukan Pembaharuan Setiausaha melalui sistem eROSES dengan mengambil langkah- langkah berikut:

a. KLIK pada PERTUBUHAN
b. KLIK pada PEMBAHARUAN SETIAUSAHA
c. KLIK pada DAFTAR PEMBAHARUAN SETIAUSAHA

Seterusnya:

1. Isi No.PPM persatuan
2. Isi maklumat peribadi
3. Isi sebab pertukaran setiausaha, contoh: Lantikan baru dalam AGM / Setiausaha lama telah letak jawatan/dipecat (simpan surat/dokumen berkaitan)
4. Isi maklumat setiausaha yang lama 5.Pengakuan

Setiausaha yang baru hanya boleh mengemaskini maklumat pertubuhan/menghantar PT setelah pembaharuan ini diluluskan oleh JPPM Negeri berkenaan.

(Source: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, 20 Nov 2025)

Source Link: https://www.ros.gov.my/portal-main/faq