Category FAQs Search : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Question: Ahli Jawatankuasa
Answer: Apakah status ahli jawatankuasa, sekiranya ada peruntukan di perlembagaan pertubuhan menyebut seseorang ahli jawatankuasa secara automatik akan terhenti menjadi ahli jawatankuasa sekiranya tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa sebanyak tiga ( 3 )kali berturut-turut tanpa alasan?
Setiausaha hendaklah memaklumkan secara bertulis mengenai peruntukan ini serta memberi notis tunjuk sebab setelah ketidakhadiran AJK buat kali ke-2 dengan tanpa sebab munasabah. Sekiranya AJK tersebut mengabaikan surat pemakluman dan notis tersebut seterusnya tidak hadir buat kali ke-3 jawatan AJK tersebut adalah terlucut secara automatik.
(Source: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, 20 Nov 2025)
Source Link: https://www.ros.gov.my/portal-main/faq