Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Question: Apakah yang perlu dilakukan apabila berlaku pertukaran setiausha?

Answer: Setiausaha yang baharu perlu melakukan Pembaharuan Setiausaha melalui sistem eROSES dengan mengambil langkah-langkah berikut:

1. KLIK pada PERTUBUHAN
2. KLIK pada PEMBAHARUAN SETIAUSAHA
3. KLIK pada DAFTAR PEMBAHARUAN SETIAUSAHA

Seterusnya:
1. Isi No.PPM persatuan
2. Isi maklumat peribadi
3. Isi sebab pertukaran setiausaha, contoh : Lantikan baru dalam AGM / Setiausaha lama telah letak jawatan/dipecat (simpan surat/dokumen berkaitan)
4. Isi maklumat setiausaha yang lama
5. Pengakuan

Setiausaha yang baru hanya boleh mengemaskini maklumat pertubuhan/menghantar PT setelah pembaharuan ini diluluskan oleh JPPM Negeri berkenaan.

(Source: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, 20 Nov 2025)

Source Link: https://www.ros.gov.my/portal-main/faq