Category FAQs Search : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Question: Bagaimanakah caranya untuk menubuhkan cawangan pertubuhan?
Answer: Setiausaha Agung Induk hendaklah mengemukakan permohonan (kebenaran menubuhkan cawangan) melalui system eroses. Dalam tempoh 3 bulan dari tarikh bayaran, cawangan hendaklah mangadakan mesyuarat penubuhan cawangan dan melantik ahli jawatankuasa mengikut perlembagaan pertubuhan. Semua maklumat perlu dikemukakann semula kepada Setiausaha Agung Induk untuk dikemaskini di dalam system eroses untuk kelulusan.
(Source: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, 20 Nov 2025)
Source Link: https://www.ros.gov.my/portal-main/faq