Category FAQs Search : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Question: Bolehkah seseorang dilantik memegang sesuatu jawatan semasa mesyuarat agung sedangkan dia tidak hadir ketika undian perlantikan jawatan tersebut walaupun ia telah menyatakan kesudiannya untuk memegang apa-apa jawatan jika dipilih. Adakah sah pelantikan tersebut?
Answer: Ahli yang tidak hadir ke Mesyuarat Agung tidak boleh dipilih untuk memegang jawatan.
Walau bagaimanapun, ia dibenarkan sekiranya ada dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan bahawa ahli yang tidak hadir dan tidak mengundi dibenarkan untuk memegang jawatan yang dipertandingkan.
(Source: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, 20 Nov 2025)
Source Link: https://www.ros.gov.my/portal-main/faq