Category FAQs Search : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
Question: Adakah calon perlu memohon semula sekiranya ada jawatan kosong diiklankan melalui sistem e-Recruitment ataupun akhbar tempatan walaupun pemohon telah menyatakan jawatan yang diminati melalui 'Permohonan Jawatan Sepanjang Masa' semasa mendaftar?
Answer: Tidak. Pemohon tidak perlu memohon semula sekiranya jawatan kosong yang diiklankan sama dengan jawatan yang telah didaftarkan dalam 'Permohonan Jawatan Sepanjang Masa'. Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-Recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian.
(Source: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, 21 Nov 2025)
Source Link: https://psc.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/147