Category FAQs Search : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
Question: Adakah pemohon perlu mengemukakan salinan sijil/dokumen yang telah disahkan sekiranya memohon secara atas talian (online)?
Answer: Penghantaran sijil/dokumen bergantung dengan jawatan yang diiklankan. Sekiranya pemohon dipanggil temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak iaitu nombor rujukan bermula dengan huruf 'S', contohnya S01A2014, pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang sijil/dokumen. Pemohon hanya dikehendaki mengemukakan sijil/dokumen HANYA sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Untuk pemohon yang dipanggil temuduga oleh jabatan/kementerian lain, iaitu nombor iklan bagi jawatan yang diiklankan bermula dengan huruf 'J', contohnya J01A2014, pemohon dikehendaki merujuk kepada jabatan/agensi yang memproses kekosongan jawatan. Terdapat jabatan/kementerian yang memerlukan pemohon mengemukakan sijil/dokumen ke jabatan/kementerian setelah memohon jawatan secara atas talian (online) dan sebaliknya.
(Source: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, 21 Nov 2025)
Source Link: https://psc.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/147