Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Question: Apakah itu status 'Tidak Memenuhi Kriteria Tapisan' dan kenapakah saya tidak memenuhi kriteria tapisan sedangkan saya memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim permohonan jawatan yang dipohon?

Answer: Status 'Tidak Memenuhi Kriteria Tapisan' bermaksud calon tidak melepasi tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya atau jabatan yang melantik. Walaupun terdapat calon memenuhi syarat asas yang ditetapkan dalam satu-satu skim perkhidmatan jawatan tetapi sekiranya kekosongan untuk jawatan tersebut tidak banyak dan terlalu ramai pemohon yang layak, tapisan tambahan akan dilakukan dan kriteria diperketatkan untuk mendapatkan jumlah calon yang bersesuaian dengan jumlah kekosongan yang ada.

(Source: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, 21 Nov 2025)

Source Link: https://psc.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/147