Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : COVID 19

Question: Arahan-Arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Answer: Terdapat 6 arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu:
i. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
ii. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
iii. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
iv. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
v. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
vi. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).

6. Adakah majlis keraian/ perkahwinan/ kenduri atau sebagainya boleh diadakan?
Upacara pernikahan boleh dilaksanakan dengan tidak melibatkan kehadiran ramai. Bagi majlis persandingan dan resepsi serta majlis lain, disarankan untuk ditangguhkan sehingga isu penularan Covid-19 di Malaysia tamat.

(Source: Majlis Keselamatan Negara Malaysia, 17 Mar 2020)

Source Link: https://www.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2020/03/SOALAN-LAZIM-FAQ-Perintah-Kawalan-Pergerakan-2020-Covid-19.pdf