Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Padawan Municipal Council

Question: Apakah proses-proses yang terlibat dalam pemunggutan cukai pintu ke atas pegangan bercukai?

Answer: Proses-proses yang berlaku bila Kadar Cukai Pintu dikenakan ke atas pegangan bercukai :

(i) Menerima kedudukan maklumat tentang bangunan baru yang telah disiapkan melalui :
• Permit menduduki daripada Bahagian Kejuruteraan.
• Laporan daripada pemilik rumah secara individu.
• Pemeriksaan Tapak .

(ii) Ukurperiksa dilakukan
• Pengesahan ukuran tapak bersama dengan pelan bangunan.
• Mengambil ukuran bangunan.
• Lukisan lakaran pelan
• Mengumpul maklumat tentang bangunan dan harta.
(iii) Penilaian dijalankan mengikut
• Keluasan lantai
• Penggunaan Tempat
• Kegunaannya
• Bahan-bahan pembinaan
Senarai prinsip nada
"Asas adalah nilai kadar tahunan"
(iv) Penilaian diluluskan oleh :-
• Pegawai Penilaian
(v) Bahagian Percukaian
• Kemasukan data dalam sistem bil cukai pintu
• Mengenakan cukai pintu berdasarkan perkhidmatan yang disediakan
• Pencetakan notis berkanun
• Pencetakan bil cukai pintu
• Menyediakan senarai penilaian yang baru atau memindahkan senarai penilaian
(vi) Bil cukai pintu dihantar

(Source: Portal Rasmi Majlis Perbandaran Padawan, 08 Apr 2020)

Source Link: https://mpp.sarawak.gov.my/