Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Padawan Municipal Council

Question: Apa tujuan mengenakan cukai pintu?

Answer: Tujuan pencukaian :
(i) Untuk memastikan pihak berkuasa tempatan mempunyai hasil yang mencukupi dalam menyediakan perkhidmatan awam.
(ii) Untuk memastikan setiap pemilik rumah (pembayar cukai) memberi sumbangannya secara adil terhadap dana perkhidmatan Majlis. Di bawah Ordinan Kuasa Tempatan 1996 Seksyen 61, Majlis telah diberi kuasa untuk mengenakan cukai pintu. Majlis Perbandaran Padawan Kuching hanya mengenakan cukai pintu terhadap bangunan. Lot-lot kosong tidak akan ditaksirkan. Jumlah bayaran cukai pintu adalah bergantung kepada nilai kadar tahunan hartanah serta peratusan kadar yang dikenakan terhadap jenis perkhidmatan Majlis yang dinikmati.

(Source: Portal Rasmi Majlis Perbandaran Padawan, 08 Apr 2020)

Source Link: https://mpp.sarawak.gov.my/