Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : State Public Service Commissions (SPANS)

Question: Latarbelakang SPANS

Answer: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) telah diwujudkan dalam tahun 1961 di bawah The Sarawak (Public Service Commission) Order in Council, 1961 dan berfungsi untuk menasihati Governor selaras dengan Order in Council tersebut dan apa-apa juga peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa sehingga 15 September 1963.


Pada 16 September 1963, iaitu tarikh penubuhan Malaysia, selaras dengan Artikel 35, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Sarawak (G.N.S. 163/63) maka SPANS telah menjadi sebuah badan eksekutif sepenuhnya.

Di bawah Artikel 35(1), keanggotaan SPANS terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang dari empat (4) dan tidak lebih dari sembilan (9) orang ahli.

Urusan harian SPANS dibantu oleh Urusetia yang dianggotai oleh kakitangan kerajaan negeri diketuai oleh seorang Setiausaha.

Mengikut Artikel 36(1), perlembagaan yang sama, SPANS adalah sebuah badan bebas yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas seperti berikut:

Pelantikan;

Pengesahan dalam jawatan;

Pemberian taraf tetap dan berpencen;

Kenaikan pangkat;

Perpindahan tempat bertugas;

Mengawal disiplin kakitangan perkhidmatan awam negeri Sarawak


Selain daripada itu, SPANS juga dipertanggungjawabkan di bawah Artikel 39(3), perlembagaan yang sama, untuk mengendali dan menganugerah biasiswa/pinjaman kepada pelajar-pelajar yang memohon untuk mengikuti berbagai kursus dan latihan akademik sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan.

Bermula pada 1 Julai 2000, dengan berkuatkuasanya Local Authority Service Regulations 2000, SPANS merupakan kuasa melantik, mengesahkan dalam jawatan, menaikkan pangkat dan mengawal disiplin kakitangan pihak berkuasa tempatan. Ini selaras juga dengan Public Service Commision (Additional Functions) Ordinance, 2001

(Source: Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, 13 Apr 2020)

Source Link: https://psc.sarawak.gov.my/page-0-124-27-Mengenai-SPANS.html