Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : State Planning Unit (Unit Perancang Negeri)

Question: Fungsi dan Perkhidmatan State Planning Unit

Answer: 1. Merangka polisi dan keutamaan Pembangunan Sosio-Ekonomi Negeri di peringkat makro, sektoran dan wilayah selaras dengan Agenda Pembangunan Nasional dan Negeri serta pengagihan peruntukan berdasarkan polisi dan keutamaan.
2. Memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri mengenai hala tuju strategik yang perlu diambil berdasarkan isu-isu perkembangan ekonomi dan pembangunan di peringkat makro, wilayah dan sektoran.
3. Membangun, mengurus, menganalisa dan mengedarkan maklumat-maklumat (termasuk maklumat digital spatial) mengenai sosio-ekonomi negeri dan pengurusan, perancangan dan pembangunan sumber.
4. Memula, menyedia, mengurus dan menyelaras Pelan Induk dan Kajian Kemungkinan (Master plans and feasibility studies).
5. Mempelopori dan/atau bertindak sebagai Sekretariat kepada Jawatankuasa Perancangan di peringkat Negeri.
6. Menyedia teks-teks ucapan, talking points, write-up, rencana dan input.
7. Menyediakan dan menganjurkan taklimat, seminar, dan pameran pembangunan.
8. Menyedia dan membentang maklumat terkini dan analisis mengenai prestasi ekonomi Negeri bagi tujuan penilaian kredit (Credit Rating).
9. Bertindak sebagai Agensi Focal dan Agensi Utama bagi pembangunan sosio-ekonomi negeri.
10. Merancang, mengurus dan menyelaras pelaksanaan Pelan Pembangunan SCORE.
11. Merancang, mengurus dan menyelaras Resettlement Programmes.
12. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan Program-program Pembasmian Kemiskinan.
13. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan Program-program Pembangunan Penan.
14. Mengurus hal ehwal Pentadbiran, Kewangan, Sumber Manusia dan Kualiti.

(Source: Sarawak Planning Unit (Unit Perancang Negeri), 13 Apr 2020)

Source Link: https://jkm.sarawak.gov.my/SPU/page-0-386-145-tid.html