Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : State Planning Unit (Unit Perancang Negeri)

Question: Piagam Pelanggan State Planning Unit

Answer: 1. Menyediakan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia dalam tempoh masa satu (1) tahun sebelum Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang sebelumnya tamat.
2. Memaklumkan agensi klien mengenai senarai Projek Pembangunan Pembiayaan Negeri yang telah diluluskan dalam tempoh masa empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
3. Memudahcara pelaburan di kawasan SCORE sehingga projek dilaksana dengan jayanya.
4. Menyediakan Kertas Kerja Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari bekerja.
5. Menyediakan Terma Rujukan Kajian (TOR) dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja.
6. Menyediakan Kertas Taklimat Pembangunan dalam tempoh masa sepuluh (10) hari bekerja.
7. Membuat semakan Kertas Cadangan Projek dalam tempoh masa sepuluh (10) hari bekerja.
8. Menyediakan Minit Mesyuarat SDEC dalam tempoh masa tujuh (7) hari bekerja selepas mesyuarat diadakan.
9. Memaklumkan pemohon mengenai keputusan Permohonan Penyelidikan Sosio Ekonomi dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan ulasan daripada agensi berkaitan.
10. Memberi maklumbalas kepada pemohon mengenai Permohonan Maklumat dalam tempoh masa empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.

(Source: Sarawak Planning Unit (Unit Perancang Negeri), 13 Apr 2020)

Source Link: https://jkm.sarawak.gov.my/SPU/page-0-385-147-tid.html