Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : State Protocol and Event Management (Unit Protokol dan Pengurusan Acara Negeri)

Question: Maklumat tentang State Protocol and Event Management

Answer: Unit Protokol dan Pengurusan Acara Negeri (UPPAN) merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Ketua Menteri. Unit ini pada awalnya dikenali sebagai Seksyen Protokol yang merupakan salah satu seksyen di Unit Pentadbiran.
Pada masa tersebut, seksyen berkenaan diketuai Ketua Penolong Pengarah dan dibantu oleh Penolong Pengarah.
Selepas itu, Unit ini telah beberapa kali ditukar namanya seperti Unit Pentadbiran Am dan Protokol dan Unit Hal Ehwal Korporat dan Unit Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporat. Sesuai dengan peranan dan tanggungjawab Unit ini dalam mengendalikan acara - acara rasmi Kerajaan Negeri serta hal ehwal perhubungan awam pada April 2015, unit ini telah ditukar namanya kepada Unit Protokol dan Perhubungan Awam Negeri , manakala baru-baru ini iaitu berkuatkuasa pada tahun 2018, unit ini ditukar namanya kepada Unit Protokol dan Pengurusan Acara Negeri (UPPAN).
UPPAN secara umumnya bertanggungjawab dalam Pengurusan Acara dan Lawatan Negeri.
Peranan unit ini dalam Pengurusan Acara adalah meliputi acara peringkat negeri dan kebangsaan (sekiranya Sarawak menjadi hos). Selain berperanan sebagai sekretariat kepada acara peringkat negeri, unit ini juga bertanggungjawab memastikan kepatuhan kepada protokol dan istiadat. UPPAN juga sekretariat kepada pengurusan lawatan rasmi dan tidak rasmi tetamu negeri Sarawak.

(Source: State Protocol and Event Management (Unit Protokol dan Pengurusan Acara Negeri), 13 Apr 2020)

Source Link: https://jkm.sarawak.gov.my/pages.php?mod=micro&sub=page&site=UPPAN