Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Samarahan District Office

Question: Pendaftaran Nama dan Pembaharuan Lesen Perniaga

Answer: Pendaftaran Nama Perniagaan
UNDANG-UNDANG

Ordinan Nama-Nama Perniagaan (Bab 64)
Akta Syarikat 1965
Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 1974)
Kanun Tanah Negeri Sarawak
Ordinan-Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan
Keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat

BORANG RASMI

Borang Pendaftaran Ordinan Nama-Nama Perniagaan : R.20-Pind. 1/86

YURAN

RM50.00 (dibayar selepas lesen diluluskan)

MAKLUMAT AM

Pemohon mesti memastikan bahawa nama syarikat yang akan didaftar tidak dipunyai atau digunakan oleh syarikat-syarikat yang sudah didaftarkan.

Pemohon boleh mendapatkan borang di Pejabat Daerah yang berdekatan dengan percuma.

Jenis perniagaan yang boleh didaftarkan :

1. Perseorangan.
2. Perkongsian.

Lain-lain :-

1. Perniagaan adalah termasuk perdagangan atau pekerjaan untuk tujuan keuntungan.
2. Tempat dan alamat perniagaan mestilah digunakan untuk berniaga sahaja.
Selalunya, pendaftaran nama-nama perniagaan mengambil masa 1-7 hari untuk diproses,dan SIJIL PENDAFTARAN : R.22-1/86 akan diserahkan kepada pemohon selepas mendapat kelulusan.

(Source: Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Samarahan, 18 Apr 2020)

Source Link: https://samarahan.sarawak.gov.my/page-0-51-144-Pendaftaran-Nama-Perniagaan.html