Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Serian Resident Office

Question: INFORMASI BERKAITAN LESEN SABONG AYAM [Pejabat Residen Serian] (as of 15 May 2020)

Answer: Lesen Sabong Ayam diisukan di bawah peruntukan Peraturan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang (Sabong Ayam)(Pindaan) 1996 dan Ordinan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962.

Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen untuk mengadakan aktiviti sabong ayam sempena dengan perayaan:

+ Gawai Burong
+ Gawau Antu
+ Gawai Batu
+ Saboung Lumbong
+ Perayaan lain yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak

Permohonan lesen akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemberian Lesen Sabong Ayam Bahagian Serian yang dipengerusikan oleh Residen.

Bagaimana anda memohon?

1. Dapatkan borang secara percuma di Pejabat Daerah

2. Isi borang dalam (2) dua salinan dan kemukakannya bersama dokumen berikut:
- Peta lokasi tempat sabong ayam
- Sijil kematian (bagi Gawai Antu - Sambong Lumbong)
- Kebenaran daripada Ketua Masyarakat

Bayaran
+ Yuran lesen sebanyak RM50.00 akan dikenakan.

Peringatan
+ Lesen sabong ayam mesti dipulangkan kepada Pejabat Residen Bahagian Serian dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh sabong ayam diadakan.

Pegawai Yang Bertanggungjawab:

En. Richard anak Usah, Setiausaha Pejabat
Alamat emel : richaru1@sarawak.gov.my
Nombor telefon : 082-872472 ext. 111
Nombor fax : 082-872615

En. Boniface Voon, Pembantu Tadbir (P/O)
Alamat emel : bonifacev@sarawak.gov.my
Nombor telefon : 082-872472 ext. 103
Nombor fax : 082-872615

(Source: Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Serian, 15 May 2020)

Source Link: https://serian.sarawak.gov.my/page-0-289-172-LESEN-SABONG-AYAM.html