Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Pejabat Daerah Saratok (Saratok District Office)

Question: Latar Belakang Pejabat Daerah Saratok (Saratok District Office)

Answer: Daerah Saratok dahulunya dikenali sebagai Kalaka merupakan sebahagian daripada Pentadbiran Bahagian Betong yang berkeluasan 1,686.68 km persegi. Pentadbiran Daerah Saratok juga mewujudkan Daerah Kecil dalam membantu Pentadbiran Daerah Saratok iaitu Pejabat Daerah Kecil Nanga Budu.
Pada sekitar 1878, Pejabat Daerah Saratok atau dikenali sebagai “Fort Charles” telah dibina oleh Maxwell iaitu kakitangan kepada Kerajaan Brooke. Ia terletak di tengah-tengah pusat Bandar Saratok iaitu di atas bukit SAGATOK. Di awal penubuhannya, ia berfungsi sebagai tempat pentadbiran dan pengumpulan cukai daripada penduduk sekitarnya. Akibat daripada hakisan tanah yang berlaku pada tahun 1893, bangunan ini telah runtuh. Ia dibina semula pada tahun 1895. Bangunan ini telah dibina dengan menggunakan bumbung atap dan kayu belian. Bangunan ini telah beroperasi sehingga tahun 2008.
Pada 30 Ogos 2009, pejabat ini telah berpindah ke pejabat baru iaitu kira-kira 200 meter daripada bangunan asal iaitu terletak di Lot 42, Saratok Town District.

(Source: Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Betong, 23 Jul 2020)

Source Link: https://betong.sarawak.gov.my/saratokdo/page-0-182-300-tid.html