Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Pejabat Daerah Sarikei (Sarikei District Office)

Question: Perkhidmatan Pejabat Daerah Sarikei

Answer: Projek Kecil Luar Bandar
PERMOHONAN PROJEK KECIL LUAR BANDAR SEPERTI BERIKUT:
1) Jalan Kampung
2) Jalan Perhubungan Desa/Jalan Luar Bandar
3) Jambatan/Jeti/Titi
4) Wharf Terapung
5) Parti Konkrit
6) Merata Tapak Bangunan
7) Projek Tangki 1Malaysia/Bekalan Air Luar Bandar
8) Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar
9) Balairaya
10) Dewan Serbaguna
11) Gelanggang Sukan
12) Lain-lain yang berkenaan
13) Projek Grant MRP - memaklumkan/menulis terus kepada wakil rakyat yang berkenaan

BAGAIMANA MEMOHON PROJEK, KEPADA SIAPA DAN OLEH SIAPA BOLEH MEMOHON
1) Menulis surat permohonan beserta spek projek kepada wakil rakyat/YB
2) Menulis surat permohonan beserta spek projek kepada Pegawai Daerah/DO
3) Permohonan hendaklah dimajukan oleh/melalui Ketua Kampung/Pengerusi JKKK Kampung

***SPEK projek adalah merujuk kepada "kos, jarak, pelan, lokasi" projek berkenaan. Contohnya jika JKKK1 mohon projek jalan kampung, spek projek secara ringkasnya adalah merujuk kepada "berapakah panjang/jarak jalan tersebut, berapakan lebar jalan tersebut, berapakan anggaran ketebalan jalan tersebut, berapakan kos anggaran jalan tersebut jika berkenaan" kamudiannya disertakan dengan pelan lukisan lokasi jalan yang hedak dipohon/dibina

Pegawai dihubungi:
Semua Pegawai Daerah Bahagian Sarikei.

(Source: Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Daerah Sarikei, 23 Jul 2020)

Source Link: https://sarikei.sarawak.gov.my/page-0-399-254-Projek-Kecil-Luar-Bandar.html