Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Pejabat Daerah Sarikei (Sarikei District Office)

Question: Urusan Pendaftaran Ekstrak, pemindaan dan pembatalan Nama-Nama Perniagaan

Answer: A) DEFINISI :-
“Borang Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan” ialah Borang R.20-Pind. 1/86 yang digunakan untuk memohon pendaftaran bagi nama sesuatu perniagaan dan akan disimpan sebagai rekod bagi nama-nama perniagaan yang telah didaftarkan.
“Buku Daftar Permohonan” ialah buku daftar untuk merekod permohonan yang diterima berkaitan dengan Nama-Nama Perniagaan.
“Ekstrak Nama-Nama Perniagaan" bermaksud satu cabutan maklumat daripada Borang Nama-Nama Perniagaan R.20-Pind. 1/86 yang mengandungi butir-butir sesebuah syarikat perniagaan.
“Nama- Nama Perniagaan” bermaksud nama yang didaftarkan bagi sesebuah syarikat perniagaan.
“Ordinan” merujuk kepada Ordinan Nama-Nama Perniagaan (Cap. 64)
“Pemohon” bermaksud seorang atau sekumpulan orang yang memohon untuk mendaftarkan nama bagi syarikat perniagaannya.
“Pendaftar”merujuk kepada Pendaftar Nama-Nama Perniagaan iaitu Pegawai Daerah.
“Sijil Pendaftaran” bermaksud satu sijil yang dikeluarkan menggunakan Borang R.22-Pind. 1/86 kepada syarikat perniagaan yang mengesahkan bahawa nama bagi syarikat perniagaan berkenaan telah didaftarkan di bawah Ordinan Nama-Nama Perniagaan (Cap. 64).

B) SENARAI SEMAK PENDAFTARAN NAMA-NAMA PERNIAGAAN
1. Borang Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (R.20-Pind.1/86)
2. Borang 2 (I.R.D No.8-Pind.1/86)
3. Borang TL (Statistik)
4. Perjanjian Sewa
5. Surat Hakmilik Premis / Surat Kebenaran menggunakan premis
6. Cop Syarikat
7. Salinan Kad Pengenalan
8. Permit atau Kelulusan dari Agensi / Jabatan lain

C) KUTIPAN BAYARAN PENDAFTARAN NAMA-NAMA PERNIAGAAN :-

1. RM50 - Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (R.22-Pind.1/86)
2. RM2 - Extract Of Business Names Registration/Petikan Nama-Nama Perniagaan
3. RM25 - Lesen Perdagangan Borang 1 (I.R.D. No.7-Pind 1/86)

(Source: Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sarikei, 23 Jul 2020)

Source Link: https://sarikei.sarawak.gov.my/page-0-312-176-Urusan-Pendaftaran-Ekstrak-pemindaan-dan-pembatalan-Nama-Nama-Perniagaan.html