Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : General Administration Unit (Unit Pentadbiran Jabatan Ketua Menteri)

Question: Apakah objektif dan strategi Unit Pentadbiran Jabatan Ketua Menteri?

Answer: OBJEKTIF
-Mewujudkan imej dan persekitaran kerja/pejabat yang baik
-Mempastikan pentadbiran serta pengurusan harta dan kemudahan kerajaan dilaksanakan secara efisien dan kos efektif
-Mengurus dengan berkesan pengurusan kewangan dan akaun jabatan Ketua Menteri
-Menyemai budaya organisasi yang berilmu
-Mengkompil dan menyebar dasar-dasar awam untuk pengetahuan dan pemahaman rakyat
-Mengurus program masyarakat umum dengan berkesan
-Mengkoordinasi dan menyelaras program dan aktiviti Kerajaan secara berkesan sasuai dengan keperluan dan harapan orang awam
-Mengekal tahap kemahiran yang tinggi dalam mengkoordinasi pengurusan keperluan dan harapan orang awam

STRATEGI
-Mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui pengukuhan pemantauan dan penyelarasan;
-Mengemaskini proses dan prosedur kerja bagi menyokong kelicinan sistem penyampaian perkhidmatan;
-Mengendalikan Pentadbiran Am dan Pengurusan Kewangan dengan tatacara yang teratur selaras dengan keperluan untuk memantapkan
sistem penyampaian cemerlang dan berhemah;
-Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi merangsang peningkatan kualiti dan produktiviti; dan
-Membangun dan memantapkan Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.

(Source: Laman Web Jabatan Ketua Menteri, 23 Jul 2020)

Source Link: https://jkm.sarawak.gov.my/UP/page-0-366-327-tid.html