Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Sarikei Resident Office

Question: Apakah eKasih?

Answer: eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:

Semakan status kemiskinan secara online
Penyelarasan maklumat bantuan
Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Modul-modul yang terdapat dalam eKasih adalah Modul Semakan, Pendaftaran, Kemaskini, Laporan, Pangkalan Ilmu, Sokongan, Pemakluman Kemiskinan dan SPB.

(Sumber: https://ekasih.icu.gov.my)


[-] 1. Siapakah yang layak menjadi pemegang surat kuasa harta peninggalan si mati semasa pendaftaran probet?

Sekiranya si mati adalah bujang,

1. Ibu atau bapa

2. Adik-beradik (dengan syarat si mati tiada ibu bapa)


Sekiranya si mati berkahwin,

1. Pasangan

2. Anak-anak



Sebarang masalah boleh merujuk kepada 'Perkhidmatan Kami" dalam portal ini atau boleh hubungi Pegawai Bertanggungjawab di Pejabat Daerah yang berkenaan.

(Source: Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sarikei, 04 Aug 2020)

Source Link: https://sarikei.sarawak.gov.my/