Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Kanowit District Office

Question: Apakah e-Kasih?

Answer: eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.



Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.



Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:



Semakan status kemiskinan secara online
Penyelarasan maklumat bantuan
Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan



Modul-modul yang terdapat dalam eKasih adalah Modul Semakan, Pendaftaran, Kemaskini, Laporan, Pangkalan Ilmu, Sokongan, Pemakluman Kemiskinan dan SPB.

(Sumber: https://ekasih.icu.gov.my)

(Source: Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sibu, 04 Aug 2020)

Source Link: https://sibu.sarawak.gov.my/modules/web/index.php