Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Stress Management

Question: Cara-cara mengurus tekanan dan stress.

Answer: 1. AMALKAN PENGURUSAN MASA
Luangkan masa yang secukupnya untuk setiap tugasan. Sikap realistik membantu anda menilai masa yang diperlukan dan elakkan diri daripada melakukan sesuatu dalam masa yang singkat.

2. HADKAN KOMITMEN
Tentukan keutamaan dan “Tunda” tugasan berdasarkan kepentingan setiap pilihan. Ini mampu meringankan bebanan dan memberikan anda lebih masa peribadi untuk relaks.

3. KENALI SITUASI ANDA
Kenali perkara dan situasi dalam atau luar kawalan anda. Terima realiti yang tidak mampu dikawal dan fokus kepada perubahan yang boleh anda lakukan.

4. SELESAIKAN SEGERA
Kenali masalah yang boleh anda atasi dan ambil langkah penyelesaian yang sewajarnya. Mintalah bantuan jika anda memerlukannya.

5. AMBIL MASA UNTUK RELAKS
Tarik nafas dan rehatlah selama 15 hingga 20 minit dalam suasana yang tenang.

6. MENJALIN HUBUNGAN YANG POSITIF
Rapatkan hubungan yang menyokong dan membina peribadi positif anda.

7. KEKAL AKTIF
Sertai sebarang aktiviti fizikal yang anda suka. Senaman membantu melegakan stres anda.

8. SENTIASA POSITIF
Fokus kepada perkara-perkara yang positif dalam kehidupan. Ini akan memberikan perasaan yang positif tentang masa depan.

9. LAKUKAN AKTIVITI KEGEMARAN
Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti hobi, kerja sukarela, luangkan masa untuk orang tersayang, atau perkara lain yang membawa kebahagiaan kepada anda. Buatlah rancangan yang akan anda nikmati kerana ia merupakan kunci kepada kehidupan yang bebas stres dan penuh bermakna.

10. AMALKAN DIET YANG SEIMBANG
Dengan mengamalkan diet yang seimbang, ia akan membekalkan nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita untuk membantu mengurus stres dan mengekalkan tekanan darah yang sihat.

(Source: Pustaka Sarawak, 09 Dec 2020)

Source Link: https://www.anlene.com/my/ms/healthy-living/move-young/10-ways-to-manage-stress-and-reduce-blood-pressure.html