Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : LUNDU DISTRICT OFFICE

Question: Apakah jenis / klasifikasi cukai yang dikenakan oleh Majlis?

Answer: 1. Tujuan Am - Cukai hanya dikenakan ke atas semua pegangan bercukai yang berada di bawah kawasan kuasa tempatan Majlis.

2. Penyelenggaraan Jalan - Cukai penyeleggaraan jalan akan hanya dikenakan terhadap pegangan bercukai, yang mana memperolehi keuntungan dari jalan, secara langsung atau tidak langsung, yang diselenggarakan oleh pihak Majlis.

3. Pungutan Sampah - Cukai pungutan sampah hanya akan dikenakan terhadap pegangan bercukai apabila sampah dipungut oleh atau bagi pihak Majlis dan di mana bayaran yang diberikan oleh pemilik untuk perkhidmatan tersebut adalah tidak dikawal oleh undang-undang kecil atau kontrak.

4. Lampu Jalan - Cukai dikenakan ke atas pegangan bercukai yang terletak dengan lampu jalan yang terdekat.

5. Levi - Levi ialah cukai yang dikenakan ke atas ladang kelapa sawit dalam kawasan bidangkuasa Majlis.

(Source: Laman Web Rasmi Majlis Daerah Lundu, 15 Feb 2021)

Source Link: https://lundudc.sarawak.gov.my/pages.php?mod=faq