Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Majlis Perbandaran Samarahan

Question: Pengenalan kepada Majlis Perbandaran Samarahan

Answer: Majlis Perbandaran Kota Samarahan terletak di daerah Samarahan yang kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuching. Majlis Perbandaran Kota Samarahan telah diwartakan pada 27 Disember 1984 dan melaksanakan kuasa untuk mentadbir kawasan-kawasan di bawah jagaannya bermula 1 Januari 1985.

Kawasan-kawasan yang terletak di bawah kawalan Majlis Perbandaran Kota Samarahan termasuk Daerah kecil Asajaya dan Daerah kecil Sadong Jaya. Pengerusi Majlis atau lebih dikenali sebagai Wali-kota, mengetuai Majlis Perbandaran Kota Samarahan berdasarkan peruntukan di bawah Ordinan kuasa-kuasa Tempatan (The Local Authority Ordinance).

Daerah Samarahan mempunyai keluasan 593.9 kilometer persegi. Berdasarkan kepada Banci Penduduk 2000, jumlah penduduk bagi Daerah Samarahan adalah (46,966) dan Asajaya (28,513) ialah 75,476. Rupa bentuk muka bumi di Daerah Samarahan adalah rata dan kebanyakannya terdiri dari tanah pamah atau gambut. Keadaan tanah seperti inilah yang sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian dan disinilah projek IADA dijalankan. Antara komoditi yang dihasilkan ialah tanaman limau manis, kelapa, kelapa sawit dan nanas. Terdapat juga tanaman kontan yang popular iaitu padi sawah, tembikai, jagung manis dan sayur-sayuran.

Namun begitu terdapat juga kawasan perindustrian (Samarahan Industrial Zone) yang terletak bersebelahan Kampung Tanjung Bundong. Keluasan Zon Perindustrian Samarahan ialah seluas 62.213 hektar.

(Source: Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Samarahan, 19 Feb 2021)

Source Link: https://mpks.sarawak.gov.my/page-0-57-7-Pengenalan.html