Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Hutan Hujan Tropika

Question: Pengenalan mengenai Hutan Hujan Tropika Semenanjung Malaysia

Answer: Hutan Hujan Tropika di Semenanjung Malaysia adalah merupakan salah satu ekosistem yang sangat kompleks di dunia. Ianya juga satu warisan alam semulajadi ciptaan Allah Yang Maha Esa yang sangat unik dan telah pun wujud lebih dari berjuta-juta tahun. Ia kaya dengan berbagai-bagai tumbuhan dan hidupan liar, di antaranya termasuklah 2,500 spesies pokok, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 110 spesies ular, 80 spesies cicak dan beribu-ribu serangga.

(Source: LAMAN WEB RASMI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA, 29 Mar 2021)

Source Link: https://www.forestry.gov.my/my/perkhidmatan/info-perhutanan/hutan-lipur-hutan-taman-negeri